Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Monday, 14 November 2011

Nanoteknologi Pemangkin Pembangunan Negara

Tarikh       : 14 November 2011
Akhbar     : UTUSAN MALAYSIA (ruangan Mega)
Suntingan : Admin

Perkataan 'nano' bermakna kerdil atau sangat kecil. Ia masih begitu asing bagi kebanyakan daripada kita kerana ia jarang didengar dan tidak dapat dikaitkan dengan sesuatu yangdapat digambarkan

Berbanding bioteknologi yang menggambarkan sesuatu tentang kehidupan atau aeroteknologi yang berkaitan penerbangan, nano tidak mampu memberikan satu gambaran yang jelas kepada masyarakat.

Hanya selepas produk-produk tertentu yang berkait rapat dengan teknologi nano dihasilkan barulah orang ramai dapat merasai kehadirannya.

Ia adalah teknologi yang berkaitan dengan saiz iaitu dalam sakala nano(1-100nm) atau satu billion lebih kecil daripada sebarang benda yang bersaiz satu meter.

Teknologi halus itu antaranya penting dengan mengecilkan komponen-komponen tertentu. Malah tanpa kita sedar banyak benda di sekeliling kita menjadi semakin kecil,ringan, dan sukar dilihat.


Antara kepentingan nano :
  • Bidang perubatan
Memungkinkan rawatan penyakit dilakukan dibawah permukaan kulit tanpa sebrng pembedahan
Menggunakan robot bersaiz nano dalam saluran darah untuk merawat penyakit yang telah dikenal pasti lokasinya.

  • Bidang pertahanan
Alat pengintipan musuh boleh dipasang di mana-mana bahagian kenderaan, pakaian, atau pesawat kerana saiz nano terlalu kecil untuk dikesan.

Kata-kata Prof Dr. Halimahton Hamdan (Pengarah NND)
" Nanoteknologi dianggap teknologi abad ke-21 yang dijangka akan memberi kesan ketara kepada kehidupan manusia "

Di Malaysia ada lebih 15 pusat kecemerlangan yang melaksanakan penyelidikan nano dan bilangan ini dijangka meningkat

Pada tahun 2011 NND mengiktiraf 5 daripadanya sebagai pusat kecemerlangan NanoMalaysia iaitu :
  1. Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) UKM. (NEMS untuk aplikasi perubatan)
  2. Pusat Inovatif Nanostruktur dan Nanoperalatan UTP.(Nanomaterial untuk tenaga solar)
  3. Institut Kejuruteraan Elektronik UNIMAP. (Peralatan bioperubatan - Top-down)
  4. Institut Pengajian Sains Fundamental Ibnu Sina UTM. (Nanostructured materials)
  5. MIMOS NEMS NANOTECHNOLOGY LABORATORY. (Nanoelectronics and nanosensors)

Fasa jangka pendek bagi bahan nanoteknologi berjumlah RM60 bilion.

Pembangunan seterusnya melibatkan nanoperalatan bernilai RM15 bilion dan nanopemangkin bernilai RM40 bilion.

Fasa awal jangka pendek akan menumpukan kepada bahan nano manakala fasa pertengahan struktur bahan nano manakala fasa ketiga bermula dari 2015 hingga 2020 melibatkan aplikasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...